e‑buku
Legal

Terma Penggunaan

Kemas kini terakhir: 2026

Selamat datang ke e-buku. Dengan membeli atau menggunakan laman ini, anda bersetuju dengan terma di bawah. Sila baca dengan teliti.

1. Produk digital

Semua produk di e-buku adalah barangan digital. Ia disampaikan secara elektronik sebagai fail PDF (e-buku) atau sebagai kod akses untuk membuka ciri Pro dalam app (contohnya Cerdik Pro). Tiada barangan fizikal dihantar.

2. Tiada akaun diperlukan

Anda boleh membeli tanpa membuka akaun. Kami hanya memerlukan nama, e-mel, dan nombor telefon untuk memproses pesanan dan menghantar resit.

3. Kod akses

Setiap kod akses adalah untuk sekali guna (single-use) dan untuk kegunaan peribadi anda sahaja. Sila jangan kongsi kod anda secara umum. Kod yang telah ditebus tidak boleh digunakan semula.

4. Pembayaran

Pembayaran diproses dengan selamat oleh ToyyibPay (FPX / kad). Harga dipaparkan dalam Ringgit Malaysia dan mungkin termasuk caj transaksi kecil yang ditunjukkan semasa checkout.

5. Penggunaan yang dibenarkan

Anda tidak dibenarkan menyalin semula, mengedar, atau menjual semula kandungan yang dibeli. Hak cipta kekal milik penerbit atau pemilik asal.

6. Hubungi kami

Sebarang pertanyaan, e-mel kami di support@e-buku.com.